Kuala Lumpur – Formulasi Nano Emulsion menerusi Belaian Nano Cosmetics (NC) Malaysia memperkenalkan set penjagaan wajah NC yang di ekstrak dari buah manggis dan nenas serta dilengkapi teknologi sains mampu menghasilkan kulit wajah lebih sempurna.

Nano Cosmetics ‘Nano Cosmetics’ Produk Penjagaan Wajah Istimewa Buat Wanita Asia

Nano Cosmetics ‘Nano Cosmetics’ Produk Penjagaan Wajah Istimewa Buat Wanita Asia
Puan Amalia, Pengarah Urusan Nano Cosmetics Malaysia

Pengurus syarikat, Nur Amalia Abdullah berkata, produk ini diformulasi dan dihasilkan khas buat kulit wajah wanita Asia yang sentiasa terdedah dengan cuaca lembap dan panas seperti di Malaysia.

“Pelancaran set penjagaan wajah ini mengandungi 2 formulasi iaitu menggunakan Double A dan Double R dimana kedua-duanya mempunyai dua item iaitu masker dan serum wajah yang ditambahbaik agar lebih berkesan untuk menghasilkan kulit yang tampak lebih sihat, bermaya dan bercahaya.

Nano Cosmetics ‘Nano Cosmetics’ Produk Penjagaan Wajah Istimewa Buat Wanita Asia

Nano Cosmetics ‘Nano Cosmetics’ Produk Penjagaan Wajah Istimewa Buat Wanita Asia

“Dengan tagline ‘Science Knows Best’ yang menjadi teras produk ini di mana inovasi saintifik Nano Emulsion dalam Serum Wajah dan Masker Wajah Bio-Cellulose Double ASkin Brightener dan Double R Skinsaver menjadi kunci kepada kulit wajah yang berseri, segar dan sihat dengan aktif sumber tumbuhan yang selamat”, jelasnya.

Beliau turut menambah, Formulasi unik untuk produk NC ini adalah berasaskan penyelidikan nanoteknologi di pusat penyelidikan universiti tempatan yang berjaya menghasilkan formulasi serum untuk wajah dan masker wajah yang kaya dengan anti-oksidan, phytonutrients dan bahan aktif dari manggis, nenas dan aktif kosmetik terbukti antaranyaniacinamide, arbutin, kojic acid, willow bark serta vitamin A, B3, C dan E dan soy peptides.

Sesuai untuk wanita Asia

Menurutnya lagi, produk ini juga menerapkan nilai piawaian tinggi yang memberi fokus kepada penelitian, inovasi dan kemajuan tinggi.

Produk Nano Cosmetics (NC) Diformulasi Dari Ekstrak Buahan

“Setiap produk yang dikeluarkan pasti akan melalui R&D terlebih dahulu, manakala bahan-bahan utama yang digunapakai dalam setiap produk kami dipilih secara teliti dan memiliki ISO kosmetik,” ujarnya.

Nano Cosmetics ‘Nano Cosmetics’ Produk Penjagaan Wajah Istimewa Buat Wanita Asia
Nano Cosmetics ‘Nano Cosmetics’ Produk Penjagaan Wajah Istimewa Buat Wanita Asia

Dalam kenyataan sama, Amalia turut menggalakkan syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah (Skincare) untuk terus berinovasi dan menghasilkan produk yang berkualiti untuk wanita Asean, sehingga mampu menjadi jenama pilihan terbaik bagi wanita di Malaysia.

Buka peluang jana pendapatan bersama Nano Cosmetics

Nano Cosmetics kini sedang giat mencari rakan-rakan strategik yang ingin bersama melebarkan sayap dalam mengkormersialkan produk ini.

Dengan membuka peluang perniagaan tanpa memerlukan modal, jenama ingin melahirkan ramai usahawan wanita dengan bermula dari kosong, walaupun tanpa pengalaman dalam perniagaan. Selain itu, membantu wanita berkerjaya untuk menambah sumber pendapatan dan memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik.

Nadya Syahera sebagai duta NC

Selebriti, Nadya Syahera memberitahu bahawa beliau sendiri merupakan pengguna produk NC ini dan merasai sendiri perubahan pada kulit wajahnya.

Nano Cosmetics ‘Nano Cosmetics’ Produk Penjagaan Wajah Istimewa Buat Wanita Asia

“Saya pergi ke spa dan mencuba produk ini, pada awalnya agak ragu-ragu juga namun selepas menggunakannya, saya dapat rasakan perbezaan pada kulit wajah dimana nampak lebih glowing, segar dan seperti bernafas semula”.

“Kemudian, saya disunting oleh pengeluar produk ini sebagai duta dan terus menerimanya kerana yakin ini adalah produk terbaik untuk kulit lebih sihat dan menjimatkan kerana kita boleh lakukan rawatan kulit sendiri tanpa perlu ke spa” jelasnya lagi.

Beliau turut menggunakan platformnya sebagai selebriti untuk mempromosi produk ini kepada para peminatnya dan orang ramai.

Sasaran jualan 2023

Nano Cosmetics Malaysia mensasarkan jualan sehingga 250,000 kotak produk sepanjang tahun 2023 ini dan meluaskan penggunaanya ke semua spa yang ada di seluruh negara.

Amalia turut menyasarkan peningkatan pendaftaran ejen dan stokis bagi sama-sama membantu meningkatkan ekonomi para wanita.

Berita baik buat anda semua kerana pihak Nano Cosmetics telah mengadakan promosi sempena pelancaran produk baharu mereka ini. Dibawanya adalah promosi diskaun harga istimewa untuk anda:

i) Serum Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit) – RM35.00 (harga asal RM49.90)

ii) Set Mask Double ‘A’ atau Double ‘R’ (4 unit) – RM 109.00 (harga asal RM 149.90)

iii) Pek Promo – Box 2 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 2 mask) – RM 90.00 (harga asal RM 129.90)

iv) Pek Promo – Box 3 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 3 mask) – RM99.00 (harga asal RM 149.90)

Produk NC yang boleh didapati di Shopee atau menghubungi mereka di http://www.mynanoskin.com

Source: https://mymntnews.com/2023/02/12/nano-cosmetics-produk-penjagaan-wajah-istimewa-buat-wanita-asia/