Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir pada Majlis Pelancaran Nano Cosmetic yang berlangsung di Magica Suite, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Nano Cosmetic sendiri iaitu Nur Amalia Abdullah. Walaupun baru berusia 43 tahun, Puan Amalia yang beasal dari Kuching, Sarawak ini berjaya mengeluarkan produk kecantikan yang cukup bermutu dan selamat untuk digunakan.
Untuk makluman semua, produk Nano Cosmetic ini dihasilkan melalui teknologi yang diilhamkan oleh potensi nano dan bioteknologi yang menggunakan ekstrak tumbuhan dari hutan hujan. Jadi, produk penjagaan kulit ini sememangnya selamat, boleh dipercayai dan berkesan berdasarkan prinsip saintifik dan penyelidikan tentang cara kulit manusia berfungsi. Menarik bukan?
Hans dimaklumkan bahawa produk penjagaan kulit Nano Cosmetic dihasilkan menggunakan Formulasi Nano Emulsion yang merupakan hasil kajian Universiti Tempatan dimana inovasi saintifik dalam Serum Wajah dan Masker Wajah Bio-Cellulose Double A Skin Brightener dan Double R Skinsaver menjadi kunci kepada hasil kulit wajah yang berseri, segar dan sihat.
Apa yang membanggakan Hans ialah kejayaan penyelidikan ini yang berjaya menghasilkan formulasi serum untuk wajah dan masker wajah menggunakan bahan aktif yang terdapat dalam buah-buahkan tempatan kita seperti manggis dan nenas. Hasilnya, produk penjagaan kulit ini kaya dengan anti-oksidan, phytonutrients, vitamin A, B3, C, E dan soy peptides. Lebih menarik kerana ianya dapat meresap ke bawah lapisan luar kulit dan secara tidak langsung dapat menyegarkan dan melembapkan kulit.
Anda jangan risau untuk menggunakan produk Nano Cosmetic kerana terbukti produk ini tidak mengandungi sebarang bahan terlarang atau bahan kimia. Lebih meyakinkan kerana produk mereka berdaftar dengan KKM dan diperbuat di kilang yg bertaraf GMP, Halal dan ISO untuk kosmetik.
Jadi, terdapat dua produk Nano Cosmetic ini yang anda perlu cuba iaitu Masker Bio Cellulose dan Serum.
Masker Bio Cellulose perlu digunakan untuk memastikan 20 ml serum di masker dapat disampaikan ke kulit tanpa masalah menitik dan kering terlalu cepat. Jadi, ini membantu anda untuk senang bergerak membuat kerja harian di rumah tanpa risau masker jatuh.
- Double ‘A’ Pencerah Kulit Nanoemulsion Serum Muka dan Masker Wajah dengan Manggis, Niacinamidedan Peptida Soya untuk Mencerahkan, Menghidrat dan Menghilangkan Jerawat. Merupakan solusi untuk kulit berjerawat.
- Double ‘R’ Skinsaver Serum muka dan masker wajah dengan Bromelain, Willow Bark dan Kebaikan Asid Kojic dan Memperbaharui kulit dengan Meningkatkan Pengeluaran Kolagen. Serum dan mask untuk menyelesaikan kulit berjeragat.