PETALING JAYA: Segmen penjagaan kesihatan dijangka akan diberi fokus utama pada tahun ini berdasarkan permintaan semasa.

Justeru Pengurus Besar Nano Cosmetics HQ, Nur Amalia Abdullah berkata, penyelidikan saintifik perlu diberi penekanan secara berterusan sebagai persediaan mendepani cabaran persekitaran ekonomi yang perlahan ketika ini.

Selain itu katanya, pihaknya kini menyusun strategi untuk merancang operasi perniagaan, pengeluaran, promosi dan melatih usahawan baharu mengorak langkah untuk meneroka peluang baharu dalam sektor ini dengan menyokong pertumbuhan jangka panjang.

“Kami percaya kepada konsep Science Knows Best menerusi hasil penyelidikan saintifik terkini untuk digunakan dalam bahan-bahan penjagaan kesihatan.

“Malah apa yang penting kami telah mencatatkan pertumbuhan yang baik, disokong pengeluaran produk dan operasi yang cekap menerusi penggunaan bahan terbaik . Ini dikukuhkan lagi dengan usaha berterusan untuk memperluaskan pasaran pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nur Amalia berkata, syarikatnya akan memberi tumpuan dengan menawarkan produk berasaskan nano dan bioteknologi khususnya daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan hutan hujan bagi menyediakan produk selamat serta berkesan.

Menurutnya, , formulasi unik diperoleh  hasil daripada penyelidikan nanoteknologi daripada pusat penyelidikan universiti tempatan dalam penghasilan n formulasi bahan yang kaya anti oksidan, phytonutrients serta bahan aktif daripada manggis dan nanas.

“Menerusi inovasi saintifik Nano Emulsion, syarikat menawarkan beberapa produk seperti serum wajah dan masker wajah Bio Cellulose Double ASkin Brightener dan Double R Skinsaver untuk pengguna,” ujarnya.

Source: https://www.utusan.com.my/ekonomi/2023/02/segmen-kesihatan-terima-permintaan-baik-fokus-penyelidikan-saintifik/