Produk Nano Cosmetics (NC) Diformulasi Dari Ekstrak Buahan-Sesedap rasanya, sehebat dengan manfaatnya. Itulah buah nenas dan manggis yang sentiasa menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Bayangkan kini ianya telah menjadi salah satu formulasi untuk produk kecantikan. Apa yang lebih penting, nutrisi semulajadi yang ada didalam dua buahan ini mampu menjadikan wajah kita lebih sihat dan berseri-seri.
Ya! Produk Nano Cosmetics (NC) yang telah diilhamkan oleh potensi nano dan bioteknologi yang tidak terbatas terutamanya ekstrak tumbuhan dari hutan hujan untuk menyediakan pengguna dengan produk penjagaan kulit yang selamat, boleh dipercayai dan berkesan berdasarkan prinsip saintifik dan penyelidikan tentang cara kulit kita berfungsi.
Melalui ‘Science Knows Best’ dan menggunakan hasil penyelidikan saintifik terkini untuk memilih bahan aktif terbaik daripada herba hutan hujan dan bahan aktif kosmetik yang terbukti berfungsi secara sinergi untuk masalah kulit tertentu.
Misi syarikat Nano Cosmetics (NC) adalah untuk membuktikan bahawa penjagaan kulit berkualiti tinggi, inovatif, berasaskan sains boleh dicapai oleh semua pencinta kulit yang arif yang ingin melabur dalam kulit yang sihat sepanjang hayat.
Tentang Produk Nano Cosmetics
Formulasi Nano Emulsion Hasil Kajian Universiti Tempatan ‘ Science Knows Best’ merupakan teras produk penjagaan kulit Nano Cosmetics di mana inovasi saintifik Nano Emulsion dalam Serum Wajah dan Masker Wajah Bio-Cellulose Double ASkin Brightener dan Double R Skinsaver menjadi kunci kepada kulit wajah yang berseri, segar dan sehat dengan aktif sumber tumbuhan yang selamat.
Formulasi unik untuk produk Nano Cosmetics adalah berasaskan penyelidikan nanoteknologidi pusat penyelidikan universiti tempatan yang berjaya menghasilkan formulasi serum untuk wajah dan masker wajah yang kaya dengan anti-oksidan, phytonutrients dan bahan aktif dari manggis, nenas dan aktif kosmetik terbukti antaranya niacinamide, arbutin, kojic acid, willow bark serta vitamin A, B3, C dan E dan soy peptides.
Kombinasi bahan aktif serta saiz partikel yg halus dalam serum nano-emulsion resap ke bawah lapisan luar kulit untuk menyegarkan dan melembabkan kulit.
Hasilnya kulit wajah yang berseri, sihat dan segar dalam waktu yang singkat dan pengguna yang teruja dengan keberkesanan serum dalam masa yang singkat.
Tiada bahan terlarang. Tiada bahan kimia.
Berdaftar dengan KKM dan diperbuat di kilang yg bertaraf GMP, Halal dan ISO untuk kosmetik.
NC dimulakan oleh dua orang profesional bumiputera yg misi mereka ialah menyediakan produk kosmetik yg berlandaskan inovasi saintifik yg terkini seperti yg didapati di spa dan salon kecantikan tapi bersifat mampu milik dan teknologi saintifik tempatan.
Masker bio-cellulose untuk masker wajah Nano Cosmetics adalah inovasi yang wajib untuk memastikan 20 ml serum di masker dapat disampaikan ke kulit tanpa masalah menitik dan kering terlalu cepat. Melekap ke wajah macam kulit kedua supaya pemakai senang bergerak membuat kerja harian di rumah tanpa risau masker jatuh.
Penggunaan Serum Wajah Nano Emulsion dua kali sehari – hanya setitik untuk seluruh wajah mampu melindungi permukaan kulit dari radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan sel kulit baru yg lebih cerah dan mempercepatkan microcirculation untuk kulit sihat dan berseri bak baru lepas facial.
Produk penjagaan kulit Nano Cosmetics menuntut untuk membantu wanita yg sibuk dengan kerjaya dan keluarga tapi masih pentingkan kecantikan dan produk yang berkualiti serta ingin kulit sihat dan berseri sepanjang usia.
Pengenalan Duta Nano Cosmetics : Nadya Syahera
Nadya Syahera lahir pada 28 September 1993 dan berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata yang bekerja, Nadya Syahera memahami keperluan menjaga kecantikan dan kesihatan kulit dengan produk yang boleh dipercayai.
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nadya Syahera terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peragawati busana Muslimah, dan pernah menjadi pengacara rancangan televisyen berkonsepkan fesyen dan hiburan. Sejak itu, beliau mula serius menceburi bidang lakonan, beliau membintangi telefilem dan beberapa drama TV. Beliau dicalonkan dalam Anugerah Meletop ERA pada tahun 2017.
Nadya Syahera telah dilantik sebagai duta rasmi bagi Nano Cosmetics pada 28 Disember 2022. Serum wajah dan mask bio cellulose NC menjadi rahsia kecantikan Nadya yang akan dikongsikan dengan semua.
Program Keusahawanan Nano Cosmetics
- MEMBUKA PELUANG perniagaan tanpa memerlukan modal NC ingin melahirkan ramai usahawan wanita dengan bermula dari kosong, walaupun tanpa pengalaman dalam perniagaan
- MEMBANTU WANITA yang berkerjaya untuk menambah sumber pendapatan. NC bersedia untuk membantu wanita memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik! Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang untuk kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak-anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya.
- MENGUBAH MINDA wanita yang mereka juga mampu mencipta kerjaya yang terjamin dalam dunia perniagaan
Sudah tiba masanya untuk wanita mencorakkan kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya
Promosi Sempena Pelancaran Nano Cosmetics
Produk Nano Cosmetic terdapat dalam dua kategori :
Double ‘A’ Pencerah Kulit Nanoemulsion Serum Muka dan Masker Wajah dengan Manggis, Niacinamidedan Peptida Soya untuk Mencerahkan, Menghidrat dan Menghilangkan Jerawat. Merupakan solusi untuk kulit berjerawat.
Double ‘R’ Skinsaver Serum muka dan masker wajah dengan Bromelain, Willow Bark dan Kebaikan Asid Kojic dan Memperbaharui kulit dengan Meningkatkan Pengeluaran Kolagen. Serum dan mask untuk menyelesaikan kulit berjeragat.
Kedua-dua serum dan mask utk kulit yg lebih sihat dan berseri. Meremajakan kulit kembali. Promosi sempena pelancaran adalah seperti berikut:
i) Serum Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit) – RM35.00 (harga asal RM49.90)
ii) Set Mask Double ‘A’ atau Double ‘R’ (4 unit) – RM 109.00 (harga asal RM 149.90)
iii) Pek Promo – Box 2 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 2 mask) – RM 90.00 (harga asal RM 129.90)
iv) Pek Promo – Box 3 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 3 mask) – RM99.00 (harga asal RM 149.90)
Produk-produk NC boleh didapati di Shopee atau terus hubungi di talian 019 2767 567. Juga tersedia di laman web rasmi kami http://www.mynanoskin.com
Halaman sosial media rasmi :
Facebook – Nano Cosmetics
HQ Instagram – @nanocosmetics.hq
Tik Tok – nanocosmetics.hq
Source: https://www.ayuarjuna.com/2023/02/produk-nano-cosmetics-nc-diformulasi.html