Nano Cosmetics atau NC mengumumkan pelantikan Nadya Syahera Rosli sebagai duta dan wajah Nano Cosmetics mulai 28 Disember 2022.
Pihak pengurusan NC memberi kepercayaan kepada pelakon dan model popular Nadya Syahera untuk mewakili jenama kosmetik berteraskan inovasi nano-emulsion untuk yang mampu beri kesan cepat dan tepat untuk kulit bebas kesan jerawat dan jeragat.
Nadya Syahera Rosli (lahir 28 September 1993) merupakan seorang pelakon dan model wanita yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Beliau terkenal dengan lakonan watak antagonis bernama Bella dalam drama Dia Semanis Honey. Beliau dicalonkan untuk Anugerah MeleTOP ERA pada tahun 2017.
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nadya Syahera terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peragawati busana Muslimah, dan pernah menjadi pengacara rancangan televisyen berkonsepkan fesyen dan hiburan.
Sejak itu, beliau mula serius menceburi bidang lakonan, beliau membintangi telefilem Aku Bukan Haji di TV Al Hijrah serta muncul dalam beberapa drama TV termasuk Isteri Separuh Masa lakonan Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza.
Sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata yang bekerja, Nadya Syahera memahami keperluan menjaga kecantikan dan kesihatan kulit dengan produk yang boleh dipercayai. Serum wajah dan mask bio cellulose NC menjadi rahsia kecantikan Nadya yang akan dikongsikan dengan semua pengikutnya.
PRODUK-PRODUK NANO COSMETICS
Formulasi Nano Emulsion Hasil Kajian Universiti Tempatan ‘ Science Knows Best’ merupakan teras produk penjagaan kulit Nano Cosmetics di mana inovasi saintifik Nano Emulsion dalam Serum Wajah dan Masker Wajah Bio-Cellulose. Double A Skin Brightener dan Double R Skinsaver menjadi kunci kepada kulit wajah yang berseri, segar dan sehat dengan aktif sumber tumbuhan yang selamat.
Formulasi unik untuk produk Nano Cosmetics adalah berasaskan penyelidikan nanoteknologidi pusat penyelidikan universiti tempatan yang berjaya menghasilkan formulasi serum untuk wajah dan masker wajah yang kaya dengan anti-oksidan, phytonutrients dan bahan aktif dari manggis, nenas dan aktif kosmetik terbukti antaranya niacinamide, arbutin, kojic acid, willow bark serta vitamin A, B3, C dan E dan soy peptides.
Kombinasi bahan aktif serta saiz partikel yg halus dalam serum nano emulsion resap ke bawah lapisan luar kulit untuk menyegarkan dan melembabkan kulit.
Hasilnya kulit wajah yang berseri, sihat dan segar dalam waktu yang singkat dan pengguna yang teruja dengan keberkesanan serum dalam masa yang singkat. Tiada bahan terlarang. Tiada bahan kimia. Berdaftar dengan KKM dan diperbuat di kilang yg bertaraf GMP, Halal dan ISO untuk kosmetik.
NC dimulakan oleh dua orang profesional bumiputera yang misi mereka ialah menyediakan produk kosmetik yang berlandaskan inovasi saintifik yg terkini seperti yang didapati di spa dan salon kecantikan tapi bersifat mampu milik dan teknologi saintifik tempatan.
Masker bio-cellulose untuk masker wajah Nano Cosmetics adalah inovasi yang wajib untuk memastikan 20 ml serum di masker dapat disampaikan ke kulit tanpa masalah menitik dan kering terlalu cepat. Melekap ke wajah macam kulit kedua supaya pemakai senang bergerak membuat kerja harian di rumah tanpa risau masker jatuh.
Penggunaan Serum Wajah Nano Emulsion dua kali sehari – hanya setitik untuk seluruh wajah mampu melindungi permukaan kulit dari radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan sel kulit baru yang lebih cerah dan mempercepatkan microcirculation untuk kulit sihat dan berseri bak baru lepas facial.
Produk penjagaan kulit Nano Cosmetics menuntut untuk membantu wanita yg sibuk dengan kerjaya dan keluarga tapi masih pentingkan kecantikan dan produk yang berkualiti serta ingin kulit sihat dan berseri sepanjang usia.
PROGRAM KEUSAHAWAN NANO COSMETICS
• MEMBUKA PELUANG perniagaan tanpa memerlukan modal NC ingin melahirkan ramai usahawan wanita dengan bermula dari kosong, walaupun tanpa pengalaman dalam perniagaan.
• MEMBANTU WANITA yang berkerjaya untuk menambah sumber pendapatan NC bersedia untuk membantu wanita memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik!
Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang untuk kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak-anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya.
• MENGUBAH MINDA wanita yang mereka juga mampu mencipta kerjaya yang terjamin dalam dunia perniagaan.
Sudah tiba masanya untuk wanita mencorakkan kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya
PROMOSI SEMPENA PELANCARAN NANO COSMETICS
Produk Nano Cosmetic terdapat dalam dua kategori :
Double ‘A’ Pencerah Kulit Nanoemulsion Serum Muka dan Masker Wajah dengan Manggis, Niacinamidedan Peptida Soya untuk Mencerahkan, Menghidrat dan Menghilangkan Jerawat. Merupakan solusi untuk kulit berjerawat.
Double ‘R’ Skinsaver Serum muka dan masker wajah dengan Bromelain, Willow Bark, Kebaikan Asid Kojic dan Memperbaharui kulit dengan Meningkatkan Pengeluaran Kolagen. Serum dan mask untuk menyelesaikan kulit berjeragat.
Kedua-dua serum dan mask utk kulit yang lebih sihat dan berseri. Meremajakan kulit kembali. Promosi sempena pelancaran adalah seperti berikut:
i) Serum Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit) – RM35.00 (harga asal RM49.90)
ii) Set Mask Double ‘A’ atau Double ‘R’ (4 unit) – RM 109.00 (harga asal RM 149.90)
iii) Pek Promo – Box 2 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 2 mask) – RM 90.00 (harga asal RM 129.90)
iv) Pek Promo – Box 3 Double ‘A’ atau Double ‘R’ (1 unit serum & 3 mask) – RM99.00 (harga asal RM 149.90)
Promosi ini sehingga Hari Raya Aidilfitri. Jom cantik sama-sama. Produk-produk NC boleh didapati di Shopee atau terus hubungi kami di talian 019 2767 567.