Pelakon dan pengacara Nadya Syahera telah dilantik sebagai duta produk penjagaan kulit Nano Cosmetics.

Nadya berkata, dia bersetuju untuk menjadi duta produk berkenaan setelah melihat ke berkesanan produk berkenaan apabila menggunakannya.

“Semuanya bermula apabila saya mencuba produk ini ketika menjalani rawatan di sebuah spa kecantikan pada tahun lalu.

“Apabila memakai produk ini, ternyata ia memberi kesan yang cukup positif terutama sekali pada wajah saya,” ujarnya.

Nadya berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelantikannya selaku duta Nano Cosmetics yang berlangsung semalam.

Nano Cosmetics Nadya Syahera Dilantik Jadi Duta Produk Penjagaan Kulit Nano Cosmetics

Produk Nano Cosmetics ini dihasilkan melalui teknologi yang diilhamkan oleh potensi nano dan bioteknologi yang menggunakan ekstrak tumbuhan dari hutan hujan.

Produk penjagaan kulit keluaran Nano Cosmetics sememangnya selamat, boleh dipercayai dan berkesan berdasarkan prinsip saintifik dan penyelidikan tentang cara kulit manusia berfungsi.

Dalam pada itu, Nadya menegaskan dia tidak akan sesekali bersetuju untuk menjadi duta sesebuah produk itu tanpa menggunakannya sendiri terlebih dahulu.

“Apabila saya ditawarkan menjadi duta, saya beritahu kepada pihak Nano Cosmetics untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang review tanpa mencuba dahulu dan pastinya duit yang saya dapat tidak berkat jika berbuat demikian kerana seolah-olah menipu pengguna,” ujarnya.

Produk Nano Cosmetics terdapat dalam dua kategori iaitu Double ‘A’ Pencerah Kulit Nanoemulsion Serum Muka dan Masker Wajah dengan Manggis, Niacinamidedan Peptida Soya yang mampu mencerahkan, menghidraf dan menghilangkan jerawat, malah ia merupakan solusi untuk kulit berjerawat.

Satu lagi kategori adalah Double ‘R’ Skinsaver Serum muka dan masker wajah dengan Bromelain, Willow Bark dan Kebaikan Asid Kojic dan Memperbaharui kulit dengan Meningkatkan Pengeluaran Kolagen. Serum dan mask untuk menyelesaikan kulit berjeragat. – KopiPlanet.com

Source: https://www.kopiplanet.com/nadya-syahera-dilantik-jadi-duta-produk-penjagaan-kulit-nano-cosmetics/